Selasa, 08 September 2009

Pemacu magnetik mudahalih

SuperDisk

Pemacu SuperDisk daripada Imation adalah pesaing terdekat kepada pemacu Zip. Pemacu SuperDisk mempunyai kapasiti sebanyak 120MB dan ia mempunyai saiz yang sama dengan disket 1.44MB. anda juga boleh menggunakan disket 1.44MB dalam pemacu SuperDisk.

Harga pemacu SuperDisk adalah berpatutan dan ia sesuai untuk storan grafik. Harga pemacu SuperDisk ialah kira-kira RM400 dan cakeranya berharga kira-kira RM40 setiap satu. Walaupun ia sesuai untuk grafik tetapi ia tidak mampu menanggung video yang berat. Kadar perpindahan data ialah 1.1MBps iaitu lebih kurang sama dengan pemacu Zip.

Jaz

Pemacu Iomega Jaz adalah lebih besar dan lebih pantas berbanding dengan Zip. Pemacu Jaz boleh menyimpan 1GB dan 2GB setiap cakera. Oleh kerana ia mempunyai kapasiti yang besar ia menawarkan pilihan yang baik untuk pengguna komputer yang memerlukan storan untuk video dan fail grafik. Jaz 2GB boleh menyimpan sehingga 2,000 foto, 3.2 jam muzik dan 40 minit video berkualiti tinggi.

Pemacu Jaz juga mempunyai kelajuan yang baik iaitu 10ms ketika membaca data dan 12ms ketika menulis data. Kadar perpindahan data ialah 8MBps iaitu dua kali ganda lebih laju daripada pemacu Zip dan SuperDisk. Namun begitu harga pemacu Jaz lebih tinggi daripada Zip dan SuperDisk. Pemacu 2GB berharga lebih kurang RM950 manakala harga medianya pula adalah kira-kira RM290.

ORB

Pemacu ORB daripada Castlewood Systems merupakan sebuah lagi storan luaran yang besar iaitu 2.2GB dan ia lebih besar daripada Jaz. Harga ORB pula ialah kira-kira RM540 dan medianya pula berharga kira-kira RM95.

Pemacu ORB menggunakan teknologi MR (Magnetoresistive) yang membolehkan data dikumpulkan dengan banyak pada katrij 2.2GB ORB. Ia mempunyai kadar perpindahan data pada 12.2MBps (lebih laju daripada Jaz) dan ia mempunyai keupayaan video dan imej yang baik. ORB mempunyai keupayaan storan 2 jam video dan lebih 2,000 foto. Pengeluar ORB juga akan mengeluarkan modul untuk VCR dan kamera video untuk merakam video digital pada cakera ORB.

Pemacu magnetik mudahalih

Terdapat dua jenis pemacu mudahalih berkapasiti tinggi iaitu optikal dan magnetik. Pemacu optikal adalah seperti pemacu CD dan DVD di mana penggunaan cahaya laser untuk membaca dan menulis kandungannya. Cakera ini mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada cakera magnetik di mana maklumat digital ditulis secara magnetik di permukaan media. Storan media jenis ini mempunyai masa hadapan yang cemerlang di mana pasaran CD-RW meningkat sebanyak 93% pada tahun 2000 dan pemacu DVD boleh-rekod pula meningkat 213% kepada sejumlah 847,000 pemacu. Manakala pasaran media magnetik pula adalah bergantung kepada pengguna dan jenama-jenama seperti Zip, Jaz dan ORB pasti mendapat tempat. Contohnya jumlah pemacu Zip telah mencapai 32 juta unit sejak 5 tahun lalu.

Zip

Pemacu Iomega Zip merupakan penguasa pasaran storan magnetik mudahalih dan ia mempunyai kapasiti sejumlah 100MB dan 250MB yang menggunakan pemacu berkeupayaan membaca kapasiti cakera tertentu sahaja. Pemacu Zip 100MB hanya boleh membaca cakera 100MB sahaja tetapi pemacu 250MB boleh membaca cakera 100MB dan 250MB.

Walaupun cakera Zip hanya boleh digunakan dengan pemacu Zip sahaja dan tiada pengeluar lain yang boleh mengeluarkannya tetapi anda boleh menggunakannya tanpa ragu kerana ia sungguh popular. Pemacu Zip juga murah harganya berbanding dengan storan lain, harga pemacu Zip 100MB ialah kira-kira RM480 dan pemacu 125MB pula kira-kira RM670. Manakala cakera 100MB berharga lebih kurang RM35 dan cakera 250MB berharga kira-kira RM65.

Pemacu Zip merupakan pilihan yang baik untuk menyimpan gambar-gambar dan fail grafik ke luar daripada cakera keras. Tetapi pemacu Zip tidak sesuai untuk disimpan fail-fail video kerana saiznya yang agak terhad dan kadar operasi pemacu adalah perlahan iaitu 1.4MBps untuk 100MB dan 2.4MBps untuk 250MB.

STORAN ALTERNATIF

Storan alternatif

Penggunaan peranti-peranti peribadi seperti kamera digital, kamera video digital dan pengimbas memerlukan ruang cakera keras yang banyak dalam komputer kerana imej-imej yang hendak disimpan adalah besar. Seminit video memerlukan kira-kira 15MB ruang cakera keras dan sebuah foto digital dengan resolusi 2400 x 1800 piksel memerlukan kira-kira 1MB. Bayangkan jumlah ruang yang diperlukan jika anda mahu menyimpan video dan foto yang banyak.

Walaupun cakera keras merupakan storan yang baik dan pantas tetapi cakera keras hanya sesuai untuk perisian yang disimpan di dalamnya. Hanya segelintir perisian sahaja yang boleh mengendalikan grafik dan video yang disimpan dalam cakera keras anda.


Anda perlukan storan sekunder alternatif supaya anda boleh memindahkannya dan menggantikan dengan katrij baru, cakera atau disket baru. Biasanya anda menggunakan pemacu disket 1.44MB dan kini ia tidak memberikan ruang yang banyak untuk fail-fail imej dan teks yang panjang. Kini anda bernasib baik dan mempunyai beberapa pilihan storan yang banyak dan anda boleh mempunyai ruang yang luas untuk menyimpan gambar dan video. Kemudian pilihan anda bergantung kepada jumlah wang yang anda mampu belanjakan untuk mendapatkan jenis storan yang baik dan juga jumlah kapasiti yang anda mahu. Lebih besar kapasiti lebih mahal harganya dan lebih baik keupayaan storan lebih mahal juga harganya.

Jumat, 17 Juli 2009

Sejarah Teknologi Maklumat

Sejarah teknologi maklumat

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970an Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.

Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).


Teknologi maklumat pada hari ini


Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.

Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:



Senin, 15 Juni 2009